HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 2 TAHUN 2022

IPOH, 12 APRIL 2022 – Kerajaan negeri termasuk jabatan dan agensi terus komited membantu rakyat dalam menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi pada Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2022.
Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, akhirnya program ini dapat diteruskan lagi setelah terpaksa ditangguhkan berikutan kes COVID-19 yang membimbangkan ketika itu.
“Setelah kita memulakan program ini pada bulan Februari yang lalu dan sepatutnya diteruskan pada hari Selasa minggu kedua setiap bulan tetapi kita terpaksa menangguhkannya pada bulan Mac kerana kes COVID-19 yang sedang meningkat.
“Kini, kita dapat teruskannya kembali setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) membawa kita ke fasa endemik,” jelas beliau ketika ditemui pemberita selepas berlangsungnya program ini di Stadium Indera Mulia.
Menurut beliau lagi, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun di bulan Ramadan.
“Rekod kita pada hari ini adalah seramai 468 orang pengunjung. Daripada jumlah itu, sebanyak 169 aduan diterima.
“Program ini turut melibatkan 109 kaunter khidmat pelanggan serta 20 reruai atau ‘booth’ pameran dan 5 perkhidmatan kaunter bergerak,” katanya.
Antara aduan yang diterima oleh pihaknya adalah berkaitan dengan hal tanah dan masalah banjir yang sering berlaku di sesetengah kawasan.
“Kami telah sedaya upaya untuk membantu rakyat yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak dan ada antaranya tidak tahu untuk berhubung dengan siapa bagi mengadu masalah maka kami bantu mereka untuk menyalurkan aduan pada pihak berkaitan,” ujarnya.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) serta semua ketua jabatan.
Sumber: SUK Perak

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut