BUBUR LAMBUK ISTANA JOHOR ISTIMEWA UNTUK RAKYAT

JOHOR BAHRU, 13 April 2022 – Sempena Ramadan 2022, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan bubur lambuk untuk disampaikan kepada rakyat. Menariknya,  resepi bubur lambuk ini adalah resepi rahsia daripada Baginda Tuanku Sultan sendiri. Kesemua bahan-bahan masakan digunakan adalah paling terbaik sepertimana yang dititahkan oleh Baginda, di mana hanya tukang masak istana sahaja yang dibenarkan untuk menyediakan bahan-bahan mengikut resepi. Baginda Tuanku Sultan juga amat menitikberatkan dari segi kebersihan dan pengurusan sistematik dalam penyediaadan pengedaran bubur lambuk.

Bubur lambuk diagihkan kepada jabatan / agensi kerajaan termasuk NGO dan seterusnya disalurkan kepada masyarakat setempat. Kurniaan bubur lambuk ini akan diagihkan secara berterusan kepada seluruh daerah di dalam Johor sempena Ramadan ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut