AKTIVITI KUTIPAN DAN PENGEDARAN BARANG FOOD BANK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengadakan Aktiviti Kutipan dan Pengedaran Barang Food Bank pada 12 April 2022. Lokasi edaran adalah bertempat di MPKK Kampung Baru Air Putih, Balik Pulau. Makanan dan minuman serta barangan keperluan dapur yang di edarkan pada hari tersebut adalah sumbangan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Seberang Jaya dan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Bagan Ajam. Jumlah keseluruhan barangan yang telah diedarkan adalah sebanyak 281.20 kg dan 54.81 kg. Trak Chiller KPDNHEP Pulau Pinang telah digunakan bagi tujuan pengangkutan dan logistik yang lain.

Aktiviti ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang datang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas untuk kegunaan harian dan mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …