??????? ?????? ????????? ???????

KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan Program Agihan Sumbangan kepada Polis DiRaja Malaysia di perkarangan JSPT Kuala Lumpur baru-baru ini. Program ini adalah sebahagian dari aktiviti khidmat masyarakat KOPETRO yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan 2022.

Program sumbangan juadah berbuka puasa telah disempurnakan oleh YDH SUPT Zulkafli Bin Chek Lah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, diiringi oleh Tuan Hj. Khairun Najhan Bin Zainuddin selaku Pengurusi KOPETRO dan Tuan Hj. Roslan Bin Abdul Rahim, Naib Pengerusi KOPETRO, turut hadir ASP Mohd Taufiq Bin Abdullah, Pegawai Turus Kepolisan Am JSPT KL.

Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih kepada KOPETRO atas sumbangan agihan juadah berbuka puasa kepada warga JSPT KL.

 

 

#??????????????????????????????????????????

#poliskl

#jsptkl

#KOPETRO

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

#12April2022

Sumber: FB JSPT KLΒ https://www.facebook.com/JsptKL

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …