PERKONGSIAN ILMIAH : BERINFAK DIDOAKAN MALAIKAT

Pada setiap pagi, ada malaikat yang akan mendoakan buat mereka yang berinfak (infaq), rajin mencari nafkah untuk keluarga, bersedekah dan termasuklah menunaikan zakat dan melaksanakan wakaf.

Hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Nabi ﷺ bersabda,

“Ketika hamba berada pada setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa,
“Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (mencari nafkah, sedekah).”
Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kerugian bagi yang enggan bersedekah.”                                [HR Bukhari #1442, Muslim #1010]

Sesungguhnya, doa malaikat itu doa yang mustajab. Ini juga bererti, sesiapa yang memberi nafkah kepada keluarga, rajin bersedekah, berzakat dan berwakaf, maka malaikat akan mendoakan supaya orang tersebut mendapat ganti.

Dalam sebuah hadis qudsi, daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Nabi ﷺ bersabda,
“Allah tabaraka wa ta’ala berkata, “Wahai anak Adam, berinfaklah, Allah akan menggantikan infakmu.”
[HR Bukhari #4684, Muslim #993]

Hal ini selari dengan ayat Al-Quran maksudnya,

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.””
[Saba’ 34:39]

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang didoakan dengan kebaikan oleh malaikat.

Jadikan Ramadan ini penuh bermakna.

Semoga Allah selalu membimbing kita.

‘BERZAKAT TAK AKAN MENGURANGI, BERWAKAF TAK PERNAH MERUGI’

Sumber : FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …