KEKALKAN PUTRAJAYA ZON HIJAU DAN BEBAS AEDES!!

Berikut adalah spotmap kes dan wabak Denggi di WP Putrajaya bagi ME14/2022 (03/04/2022 – 09/04/2022).

Sepanjang minggu lepas, terdapat peningkatan sebanyak 9 Kes!! Denggi yang didaftarkan di Putrajaya. Secara kumulatif, Putrajaya telah mendaftarkan sebanyak 31 kes sehingga ME14/2022.

Terdapat satu (1) WABAK Aktif Denggi yang dilaporkan di Presint 18 pada minggu lepas dengan jumlah 8 Kes yang didaftarkan di lokaliti tersebut.

Musim perayaan kian tiba, jom pastikan kita menyambut Ramadhan & Syawal dalam keadaan sihat dan bebas Denggi. Ayuh warga Putrajaya, usah leka dan terus jalankan aktiviti Cari & Musnah tempat pembiakan Aedes 10 minit setiap minggu di rumah/premis anda!!

Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan virus Denggi di Putrajaya!

 

Tiada Aedes, tiada Denggi!

#HapuskanAEDESbanterasDenggi

#PutrajayaBebasDenggi

 

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut