????? ?????????? ????? ????? ?????? ????? ??????? ?????? (????)

YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim berkenan melawat Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) semalam.
Ketibaan Tunku Idris pada jam 1.15 tengah hari disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Mohamad Izhar bin Hassan dan Ketua Stesen SUMS, Kolonel Syed Islam bin Shahajam TUDM serta warga SUMS.
Tunku Temenggong Johor kemudian berkenan mendengar taklimat berkenaan aset-aset udara Maritim Malaysia di Hangar SUMS mengenai keupayaan serta peranan helikopter AW139, AS365N3 dan pesawat Bombardier CL415 MP.
Baginda juga dibawa meninjau secara lebih dekat bahagian dalaman, komponen serta teknologi pesawat Bombadier CL415MP yang merupakan pesawat amfibia tunggal di Asia Tenggara.
Pada lawatan itu, Bahagian Operasi Udara juga turut menyampaikan cenderhati kenangan sempena keberangkatan YAM Tunku Idris ke SUMS tengah hari semalam.
SUMBER: AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …