TKPE PERBADANAN LABUAN TERIMA ANUGERAH PINGAT KOMISIONER JENERAL PENJARA PERINGKAT LABUAN

WP LABUAN – Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PL yang juga menanggung kerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PL telah tersenarai dan dianugerahkan sebagai salah seorang dari 31 penerima Pingat Komisioner Jeneral Penjara (KJP) 2022 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan.
Majlis penganugerahan tersebut yang berlangsung pada Jumaat semalam telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, bertempat di Mini Auditorium PL, Layang-Layangan.
Turut hadir ke majlis bersejarah tersebut ialah Pengarah Kanan Penjara Malaysia, Supri Hashim, Pengarah Penjara Negeri Sabah, YDH TKP Hajah Nora binti Musa dan Pengarah Pusat Koreksional Labuan, En. Kalbin Mohd Musa.
SUMBER: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

KEPENTINGAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN: HAJIJI

UCAPAN: Hajiji semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu, turut kelihatan Musa bersama tetamu kehormat yang lain. KOTA KINABALU: Kepentingan rakyat …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. LAHAD DATU: Seorang lelaki …
Maklumat Lanjut

RM7.5 JUTA DISALURKAN KEPADA 1,809 USAHAWAN DI SABAH

SERAH: Ewon menyampaikan replika cek semasa dalam majlis itu. PENAMPANG: Sejumlah RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak …
Maklumat Lanjut