PENGERUSI MAJLIS PENASIHAT PERBADANAN LABUAN ADAKAN PROGRAM TURUN PADANG DI BAZAR RAMADAN LABUAN WALK

WP LABUAN – YB Senator Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (PL) hari ini telah mengadakan program turun padang (TUPA) ke Bazar Ramadan di Labuan Walk diiringi oleh Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PL, Tuan Haji Hamir bin Zahari serta ahli-ahli Majlis Penasihat yang lain. Turut hadir Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd. Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) juga menanggung kerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PL, Encik Aziz bin Hamzah, Pengarah Pelesenan dan pegawai-pegawai PL.

Kemeriahan bazar Ramadan di Labuan pada tahun ini kembali hangat dan dapat dirasai oleh warga Labuan apabila Kerajaan telah mengumumkan peralihan negara ke fasa endemik bermula pada 1 April yang lalu. PL melalui Jabatan Pelesenan sendiri telah menguruskan pengoperasian dua (2) lokasi bazar Ramadan iaitu di Labuan Walk sebanyak 109 gerai dan juga Anjung Selera Durian Tunjong sebanyak 21 gerai. Manakala bagi dua (2) bazar lain iaitu Bazar Layang-Layangan, mempunyai sebanyak 18 gerai dan Bazar Kompleks Ujana Kewangan mempunyai sebanyak 80 gerai yang masing-masing dikelolakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Layang-Layangan dan Financial Park. Bagi Bazar Labuan Walk, ianya dikelaskan kepada empat (4) zon iaitu zon A, C dan D ialah untuk zon jualan makanan dan minuman manakala zon B pula khas untuk zon makanan berpanggang.

Setelah 2 tahun negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang mengakibatkan gangguan terhadap ekonomi, kini warga Labuan dapat merancakkan semula kitaran sektor ekonomi melalui penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini. YB Senator Datuk Haji Bashir dalam sesi turun padang tersebut mengajak warga Labuan untuk memanfaatkan sebaik-baiknya kebenaran yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan yang melibatkan kelonggaran pergerakan aktiviti ekonomi seperti pengoperasian bazar, kedai makan, menunaikan solat jemaah tanpa penjarakan, aktiviti sosial rentas sempadan seperti balik kampung dan melawat keluarga. Beliau juga menekankan supaya mematuhi SOP semasa endemik ketika berkunjung ke bazar dengan mengimbas MySejahtera, menggunakan pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal.

Perbadanan Labuan akan sentiasa berusaha mencari peluang-peluang untuk memulihkan semula ekonomi di WP Labuan demi kesejahteraan warganya. Sasaran untuk menstabilkan semula ekonomi perlu difokuskan oleh kesemua pihak sama ada Jabatan atau agensi Kerajaan dan pihak swasta melalui jalinan kerjasama bagi merancang pelbagai aktiviti ekonomi di Labuan seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk warga Labuan.

SUMBER: PERBADANAN LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut