RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS, PULAU PINANG PADA CUTI HUJUNG MINGGU

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas, Pulau Pinang telah menjalankan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1 hingga Fasa 4, IKS Batu Maung, IKS Sungai Pinang, IKS Fortune Park dan IKS Sungai Tiram pada 9 April 2022 dan mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis. Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka juga telah dijalankan di kawasan perumahan dan komersial sekitar Sungai Dua, Gelugor, Jelutong, Jalan Masjid Negeri, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Teluk Kumbar, Batu Maung, Sungai Ara dan Bayan Baru, dan turut mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut