OPS PANTAU

KUALA LUMPUR, 8 April 2022 – Tuan Azman Adam, Pengarah Penguat Kuasa, KPDNHEP tampil di Selamat Pagi Malaysia di RTM1 tampil menjelaskan keberadaan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh negara mengenai tindakan yang sedang dan telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam menangani isu-isu berkaitan harga barangan.

KPDNHEP telah mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 dengan melaksanakan OPS PANTAU 2022 yang bermula sejak 3 April 2022 lalu. OPS PANTAU 2022 bertujuan bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah.

Berdasarkan statistik OPS PANTAU 2022 yang telah dilaksanakan bermula 3 sehingga 7 April 2022, sebanyak 19,804 premis telah diperiksa di seluruh Negara dan daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 117 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM 31,000.00.

#KPDNHEP

Sumber: FB KPDNHEP https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …