PROGRAM IHYA’ RAMADAN

 

KETEREH : Yayasan Almanjie dan Sekretariat Food Bank Malaysia telah menganjurkan Program Ihya Ramadan @Ketereh disini hari ini dengan kerjasama LEGASI Z SUFI SDN BHD, KPDNHEP dan FAMA diadakan di Pusat Tarbiah Rakyat (PUTRA).
Program digerakkan dengan aktiviti memasak bubur lambuk, seterusnya mengagihkan bubur lambuk bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan AlManjie, YBrs. Tuan Zuwairi Japri Al-Manjie & YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Haji Annuar bin Haji Musa.
Selain itu juga agihan turut diadakan di 3 lokasi sekitar Ketereh antaranya Bazar Ramadhan Ketereh, Bazar Ramadhan Melor dan Bazar Ramadhan Peringat.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Jibnurdin bin Saharudin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …