PEMANTAUAN BAZAR AIDILFITRI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

   

Pada 9 April 2022 bertempat di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, Seremban satu pemantauan telah diadakan bertujuan bagi memastikan penganjur bazar aidilfitri mematuhi syarat-syarat penganjuran bazar aidilfitri yang yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Seremban.

Hasil Pemeriksaan :-
1. Penganjur menyediakan 2 anggota RELA untuk mengawal kemasukkan pengunjung.
2. Penganjur telah menyediakan imbasan kod QR MySejahtera.
3. Bazar belum beroperasi sepenuhnya, hanya sebahagian peniaga telah memulakan perniagaan.
4. Permohonan permit Sementara belum dikemukakan.Penganjur telah diminta untuk mengemukakan permohonan bagi peniaga yang telah memulakan perniagaan.
5. Dua (2) peniaga yang menjalankan perniagaan di luar tapak yang diluluskan oleh MBS.
6. Terdapat juga dua (2) peniaga foodtruck (memiliki lesen penjaja beredar) menjalankan perniagaan ditapak yang dilarang berjaja iaitu berhampiran dengan tapak bazar aidilfitri.
Ulasan :
1. Penganjur telah diingatkan untuk mengemukakan borang permohonan permit sementara dengan segera.Menjalankan perniagaan tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Undang- Undang Kecil yang di kuatkuasakan oleh MBS.
2- Sebanyak empat (4) notis halangan awam dikeluarkan oleh JUUP.
   
Sumber : FB Majlis Bandaraya Seremban

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …