OPS PANTAU 2022 BAZAR RAMADAN

 

KOTA BHARU : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Pantau 2022 dalam Operasi Bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Operasi dijalankan di Bazar Ramadan, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Seramai 30 anggota dari Jabatan Kesihatan Persekitaran the KKM terlibat.
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan pematuhan penandaan harga makanan & minuman dan perundangan yang ditetapkan dibawah KPDNHEP dijalankan kepada setiap premis gerai yang berada dilokasi.
Dalam pada itu KKM menjalankan pemeriksaan berkaitan kepada semakan pengambilan suntikan tifoid oleh peniaga bazar & kebersihan juadah yang dijual serta gerai.
Sepanjang pemeriksaan dijalankan tiada sebarang tindakan kes dihasilkan dan semua peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan sepanjang pemeriksaan dijalankan sebanyak 58 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut