MALAYSIA-THAILAND KERJASAMA PERKETAT RONDAAN SEMPADAN

 

TUMPAT – Malaysia-Thailand menerusi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Thai Marine Police (TMP) bekerjasama erat dalam memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang pembolosan jenayah rentas sempadan.

Kerjasama itu dilakukan dengan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan kedua-dua negara terbabit. Pasukan polis sentiasa komited dalam usaha kesiapsiagaan kawalan di sempadan perairan negara bagi memastikan negara ini kebal daripada dibolosi jenayah. Hubungan yang rapat antara PPM Wilayah Tiga bersama pasukan sahabat dari negara jiran Thailand membolehkan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti rentas sempadan dapat disalurkan dengan lebih berkesan pada setiap masa.

Kolaborasi rondaan bersama antara PPM Wilayah Tiga dan TMP turut melibatkan kerjasama dengan pasukan Thai Border Patrol (TBP).

Kemampuan aset PPM Wilayah Tiga digabungkan dengan kekuatan keanggotaan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) akan memantapkan lagi pengawalan keselamatan di sempadan sekali gus menjamin keselamatan persekitaran perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia terhadap aktiviti ekonomi negara.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …