LATIHAN SEMULA PEGAWAI PERKASA INTEGRITI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : TADBIR URUS YANG BAIK (Pencegahan Rasuah Dan Pengukuhan Integriti)

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Zaini Jass menyatakan bahawa PDRM akan memperkenalkan program kembali ke pusat latihan (back to training centre) kepada anggota dan pegawai bermasalah khususnya yang terbabit dalam isu integriti dan moral.

Program tersebut bertujuan memperkasakan pegawai dan anggotanya bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam isu integriti dan juga bagi memberikan bimbingan dan sokongan kepada mereka.

Selain itu, modul integriti juga kini dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran wajib kepada semua pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dalam usaha membimbing anggota menjauhi rasuah dan mempersiapkan diri dari segi integriti individu. Sepanjang tempoh latihan PLAK selama enam (6) bulan, sebanyak 58 jam tempoh pembelajaran diperuntukkan khusus bagi model integriti.

Menurutnya, modul atau pengisian utama bagi program terbabit atau dirujuk sebagai “Back To Training Center” adalah penerapan nilai murni untuk menjaga imej pasukan itu. Latihan itu disusun bagi memastikan pegawai serta anggota PDRM yang bermasalah, diberikan bimbingan dan sokongan dalam meneruskan tugas mereka, sekali gus mampu memberikan kepercayaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya lagi, Jabatan Pengurusan juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dalam merangka program pemantapan dalam usaha memulihkan dan memperkukuhkan integriti warga PDRM yang bermasalah. Inisiatif ini dibuat secara strategik menerusi Pelan Anti Rasuah PDRM 2020 hingga 2024 yang mensasarkan satu mekanisme kawalan dalaman ke arah pemantapan integriti warga PDRM.

Sumber:

Laman FB PDRM

Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut