KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS WPKL) KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP)

PUTRAJAYA, Pada 8 April 2022 Pengarah Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama pegawai-pegawai kanan beliau telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), YBhg. Datuk Seri Hajah Rosidah bin Jaafar. Tujuan Kunjungan Hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan Pengarah JPS WPKL yang baru serta menjalin hubungan kerjasama yang baik di antara JPS dan KWP.

Turut hadir sama adalah Tn Hj. Zul b. Mohammad (Pengarah Operasi Pejabat Lembangan Sungai Klang), Ir. Ts. Ahmad Shahrir b. Md. Naziri (Pengarah Operasi Pusat Kawalan SMART) dan En. Azril Hafiz b. Ab Rahim (Pengarah Pengairan dan Saliran WP Putrajaya).

 Manakala daripada pihak KWP di hadiri oleh YBhg. Datuk Nor Muhamad bin Che Dan (Setiausaha Bahagian, Bhg. Pengurusan Pembangunan), En Wan Ashbi bin Leman (Setiausaha Bahagian, Bhg. Perbandaran dan Khidmat Teknikal), Dr Khairul Nizam bin Othman (Timbalan Setiausaha Bahagian, Bhg Perbandaran & Khidmat Teknikal) dan TPr Mohd Fahmi bin Said (Pegawai Khas KSU).

Sumber : FB JPS WP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut