KOMPLEKSMASJID AL-MUTTAQIN BERI KEMUDAHAN KEPADA SEMUA GOLONGAN

 

KOTA BHARU – Kompleks Masjid Al-Muttaqin menawarkan kemudahan kepada golongan warga emas, asnaf dan masyarakat sekitar untuk menginap di pondok bagi mendalami ilmu agama menerusi pelbagai program berkait solat, kuliah dan sebagainya yang telah disusun secara sistematik oleh pihak pengurusan.

Pengerusinya, Mohamad Khalid El Muhammady Uthman El Muhammady berkata, kompleks yang terletak di Kampung Hutan Pasir, Ketereh itu turut berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat.

Menariknya pusat ini dilengkapi dengan kemudahan 40 buah pondok yang akan memberikan suasana kondusif dalam melaksanakan amal ibadat. Kompleks ini turut dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu al-Quran yang merangkumi pembelajaran, tahsin dan tadabbur. Selain itu kempen Rumah Ngaji/Quran Hour turut diadakan bagi mengimarahkan masjid yang terletak di kawasan pondok dengan kuliah dan pengajian agama. Peluang turut diberikan kepada warga emas, asnaf dan masyarakat yang berkelayakan untuk menginap di sini dan bersama-sama menyusun program secara terperinci.

Dana berjumlah RM163,140 masih diperlukan bagi menyiapkan Kompleks Masjid Al-Muttaqin.

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut