JAWI LABUAN TERUS LAKSANAKAN AKTIVITI RONDAAN DAN PENGUATKUASAAN SEPANJANG RAMADAN

WP LABUAN – Jabatan Agama Islam (JAWI) Labuan akan melaksanakan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut kenyataan JAWI Labuan, rondaan dan penguatkuasaan dilakukan bagi memastikan umat Islam di wilayah ini tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan dibawah Seksyen 15.
Antara kesalahan yang sering dilakukan semasa bulan puasa iaitu makan dan minum serta menghisap rokok ditempat awam, seperti di premis kedai serta kawasan pantai.
Jika disabitkan bersalah individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Ia seperti yang termaktub di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559.
SUMBER: JAWI LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …