??????? ??-????? ????? ???? ??????

WP LABUAN – Bulan suci Ramadhan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Di bulan suci yang penuh berkah ini, umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba mengumpulkan pahala dengan berbuat kebaikan dan memperbanyak amal ibadah. Salah satu ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al-Quran.
Justeru itu, Bahagian Rakan Muda, JBS Labuan telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran bermula minggu lepas bagi mengimarahkan lagi aktiviti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Seramai 20 orang anak muda akan menghabiskan 30 juzuk bacaan Al-Quran dengan bimbingan 2 org pengajar dari SMK Mutiara Labuan. Program ini akan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada penghujung bulan Ramadhan ini.
SUMBER: JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …