RAYSA MENERIMA SUMBANGAN DARI PKINK

 

TUMPAT – Nasib anak-anak yatim & dhuafa’ merupakan sebahagian dari tumpuan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam memelihara tanggungjawab sosial korporat di negeri Kelantan. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah (RAYSA) telah menerima Sumbangan Kebajikan bersempena Program Ihya’ Ramadan 1443 di RAYSA, Pasir Pekan pada hari ini.
Sumbangan telah disampaikan oleh YABhg. Datin Bentara Kanan Isteri Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabidah binti Ab. Hamid kepada YBrs. Pn Sufiyah binti Mubarak, Penyelia RAYSA dalam majlis yang serba ringkas ini.
RAYSA merupakan antara institusi yang membela golongan anak yatim dan anak orang miskin tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya. Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa.
YABhg. Datin Bentara Kanan, dalam ucapannya, berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu RAYSA memastikan semua penghuninya dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …