MALAYSIA MENGUNDI UNTUK BERKECUALI DALAM PENGGANTUNGAN KEAHLIAN RUSIA DALAM MAJLIS HAK ASASI MANUSIA

Semasa Sesi Khas Ke-11 yang disambung semula pada 7 April 2022, Perhimpunan Agung (PA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan untuk menggantung keanggotaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM). Semasa proses undian, 93 negara menyokong, 24 negara menentang dan 58 negara berkecuali, manakala 18 negara lagi mengambil keputusan untuk tidak mengundi.

MHAM merupakan badan subsidiari di bawah PBB. Peraturan Prosedur PBB menetapkan bahawa PA PBB boleh menggantung keahlian mana-mana ahli MHAM yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik dengan sokongan majoriti dua pertiga negara anggota PBB yang hadir dan mengundi.

Malaysia turut terlibat dalam proses pengundian tersebut dan telah mengundi untuk berkecuali. Di dalam kenyataan yang disampaikan selepas sesi pengundian, Malaysia menekankan bahawa keputusan yang penting seperti penggantungan ahli MHAM tidak boleh diambil secara terburu-buru dan perlu diberikan masa untuk dibincangkan. Malaysia juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Siasatan, yang ditubuhkan oleh MHAM pada Mac 2022, perlu diberikan masa untuk menjalankan siasatan dan membentangkan penemuannya terlebih dahulu bagi mengesahkan sebarang dakwaan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang kemanusian yang berlaku secara teruk dan sistematik di kawasan konflik tersebut. Sebagai ahli MHAM, Malaysia mengulangi pendirian prinsipnya untuk tidak menyokong sebarang tindakan yang mempolitikkan isu-isu yang dibentangkan di MHAM.

Situasi di kawasan konflik di Ukraine adalah amat membimbangkan. Malaysia akan terus memantau perkembangan, termasuk situasi hak asasi manusia dan kemanusiaan di kawasan bergolak. Malaysia mengulangi seruan supaya bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan tanpa halangan kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya golongan rentan.

Malaysia menggesa semua pihak supaya meredakan ketegangan dan meneruskan dialog dan rundingan damai, serta mematuhi sepenuhnya kewajipan masing-masing selaras dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa.

SUMBER: WISMA PUTRA

Artikel/Berita Terkini

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut