LAPORAN MEDIA BERHUBUNG 10,000 RAKYAT MALAYSIA MENJADI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) DI THAILAND

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang meneliti laporan media tempatan yang mendakwa seramai 10,000 rakyat Malaysia menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Thailand. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa perkara ini berlaku apabila warganegara Malaysia yang masuk ke Thailand menggunakan Pas Sempadan Malaysia – Thailand tidak dapat pulang semula ke tanah air kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada bulan Mac 2020 dan penutupan sempadan antarabangsa Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.

Berdasarkan penelitian awal, dakwaan sehingga 10,000 orang rakyat Malaysia masih berada secara di Thailand secara tidak sah atau lebih masa adalah tidak berasas dan Kementerian ini yakin bahawa jumlah tersebut adalah jauh lebih kecil.

Sejak PKP dilaksanakan, Kementerian dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menghulurkan bantuan kepada lebih 2,439 orang warganegara Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air. Berdasarkan rekod Konsulat Jeneral, sehingga kini, hanya terdapat 72 orang warganegara Malaysia yang berdaftar dengan pihak Konsulat Jeneral dan memegang Pas Sempadan. Bilangan ini adalah sebahagian daripada 444 orang warganegara Malaysia yang telah mendaftarkan diri dengan pihak Konsulat Jeneral.
Walaubagaimanapun, Kementerian memperakui terdapat kesulitan-kesulitan yang dihadapi rakyat Malaysia akibat penutupan sempadan sejak Mac 2020 dan Kerajaan Thailand pada bulan Februari 2021 telah mengumumkan supaya semua warganegara asing yang memegang visa pelancong/jangka pendek untuk meninggalkan negara tersebut atau akan dikenakan penalti sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

SUMBER: WISMA PUTRA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut