PKD TIMUR LAUT MEMERIKSA BAZAR RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Aktiviti pemeriksaan Bazar Ramadan 1433H telah dilaksanakan oleh Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang dijalankan di Bazar Ramadan Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang pada 6 April 2022 (Rabu) dengan kekuatan anggota seramai 21 orang yang melibatkan 27 gerai peniaga.
5 sampel makanan turut diambil untuk dihantar dan dianalisis di Makmal Keselamatan & Kualiti Makanan Pulau Pinang di Butterworth bagi melihat tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di Bazar Ramadan.
Semua pengusaha premis dan pengendali makanan diingatkan supaya sentiasa mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih serta menjaga kebersihan diri sewaktu mengendalikan makanan sepanjang Ramadan ini.
Sumber:

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …