AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI SABAH, SARAWAK DAN WP LABUAN

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di beberapa kawasan sekitar Sabah, dan Labuan bagi tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan dalam tempoh 8 hingga 10 April ini.

Katanya, “Keadaan ini akan menyebabkan penumpuan angin dan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan.”

Justeru, beliau berkata, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Talian hotline METMalaysia: 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut.

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …