TKPM: MENGGALAKKAN PERTANIAN BERSKALA BESAR

DASAR KESELMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Pejabat Agrobazaar Ara Kuda telah menjayakan Majlis Menandatangani Jual Beli di antara pihak FAMA Negeri Pulau Pinang dengan peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda pada 6 April 2022 yang lepas. TKPM adalah dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Perjanjian jual beli ini melibatkan 9 orang peserta Ladang Kontrak TKPM Ara Kuda bagi komuniti sayuran berdaun dan jagung manis. Bagi komuniti sayuran berdaun, kuantiti keseluruhan perjanjian adalah 30 matrik tan bagi tempoh 6 bulan. Bagi komoditi jagung manis pula, kuantiti perjanjian adalah sebanyak 500,000 tongkol bagi tempoh perjanjian adalah satu tahun.

Sumber:

Laman Facebook FAMA Pulau Pinang

Laman Web Jabatan Pertanian

 

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …