2 JUTA KENDERAAN DIJANGKA MASUK KELANTAN AIDILFITRI INI

 

PASIR PUTEH – Polis Kelantan menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jangkaan itu dilihat realistik apabila semua sempadan negeri telah dibuka sepenuhnya selepas dua tahun akibat Covid-19, selain negara beralih ke fasa peralihan endemik pada 1 April lalu yang membolehkan masyarakat kembali menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Segala persiapan untuk berdepan dengan pertambahan jumlah kenderaan telah dimulakan menerusi penempatan anggota-anggota trafik di kawasan persimpangan utama bagi mengelakkan kesesakan.

Kehadiran anggota trafik akan melancarkan aliran sekali gus memberikan kelegaan kepada pengguna jalan raya. Empat sekatan jalan raya (SJR) di pintu masuk ke negeri ini masih lagi dikekalkan iaitu di Bukit Yong (Pasir Puteh), Batu Melintang (Jeli) dan dua di Gua Musang. Polis Kelantan turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) di lokasi-lokasi terpilih untuk mengesan penyeludupan.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …