OPS PANTAU 2022 BERSAMA PENGARAH DAN KPPN KPDNHEP WP LABUAN

WP LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan hari ini memberi jaminan barangan makanan di bazar Ramadan tidak akan dijual dengan harga tinggi.

Pengarahnya Junaidah Arbain mengesahkan terdapat bekalan makanan yang mencukupi dan mereka tidak melihat sebarang kemungkinan berlakunya kenaikan harga.

“Walaupun terdapat sedikit kenaikan harga makanan, ia tidak akan membebankan pengguna kerana kita faham di Labuan masih sangat bergantung kepada bekalan makanan seperti sayur-sayuran segar, daging segar dan barangan keperluan lain dari tanah besar Sabah.”

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 4 April lepas berkata harga barangan bermasak  yang dijual di bazar Ramadan adalah diluar kawalan kerajaan kerana tiada garis panduan untuk mengawal harga makanan bermasak, dan beliau berharap peniaga tidak mengenakan harga terlalu tinggi.

Perbadanan Labuan (LC) telah mengeluarkan lesen (untuk lot bazar) kepada 109 peniaga di Labuan Walk, 84 lesen kepada peniaga di Kompleks Financial Park, 21 lesen di bazar Ramadan Anjung Selera Durian Tunjong dan 18 lesen kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Layang-Layangan.

Sementara itu, Junaidah berkata pasukan penguatkuasaan akan meneruskan pemantauan ke atas harga barangan makanan supaya rakyat tidak terbebas.

Katanya, operasi akan dijalankan setiap hari bagi memastikan peniaga tidak mengenakan harga terlalu tinggi kepada pengguna selain mengingatkan agar peniaga mempamerkan harga barangan.

Beliau turut mengingatkan agar para peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993

Sumber: KPDNHEP WP LABUAN, BERNAMA
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut