OPERASI BERSEPADU KEMPEN HORMATI RAMADAN 2022M / 1443H

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BUTTERWORTH, 7 APRIL 2022 – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) giat menjalankan ‘Kempen Hormati Ramadan’ di seluruh negeri Pulau Pinang melalui Operasi Bersepadu Kempen Hormati Ramadan 2022M / 1443H dengan penglibatan bersama Bahagian Pengurusan Halal (JHEAIPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Melalui kempen tersebut yang telah dijalankan sejak Isnin yang lalu, pemeriksaan di premis-premis makanan telah dijalankan di beberapa lokasi dan pelbagai ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan sedia ada dikesan. Antara ketidakpatuhan yang direkodkan ialah:

i) Kesalahan perbuatan tidak menghormati Ramadan (Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996) – 7 notis;
ii) Kesalahan berjudi (Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996) – 1 tangkapan;
iii) Kesalahan memaparkan penggunaan logo Halal – 1 amaran keras; dan
iv) Kesalahan di bawah Undang-undang Kecil MBSP – 2 notis

Selain itu, Bahagian Penguatkuasaan turut menyerah dan menampal poster ‘Kempen Hormati Ramadan’ di premis-premis makanan agar kemuliaan Ramadan akan terus terpelihara. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik buat seluruh umat Islam sesuai dengan matlamat ‘Khaira Ummah 2030’.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut