OPERASI BERSEPADU KDN DENGAN KERJASAMA JHEAIPP DI BAWAH AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QURAN (APTQ) 1986

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BUTTERWORTH, 7 APRIL 2022 : Satu Operasi Bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAIPP dengan kerjasama Bahagian Penerbitan, KDN Cawangan Pulau Pinang telah diadakan di sebuah premis yang beralamat di Taman Sungai Jawi, Sungai Jawi Pulau Pinang di bawah Akta APTQ 1986.

Operasi ini dianggotai oleh 7 anggota penguatkuasaan JHEAIPP dan 5 anggota dari KDN. Operasi ini bertujuan mengawal unsur penerbitan ayat-ayat Al-Quran melalui medium cetakan yang mana premis tersebut didapati wujud kesalahan dalam memiliki bingkai ayat-ayat suci Al-Quran yang melanggar akta tersebut.

Hasil serbuan tersebut, pihak KDN membuat rampasan sebanyak 9 unit bingkai ayat Al-Quran yang melanggar APTQ 1986 dengan nilai anggaran barang rampasan sebanyak RM 1,080.00. Barang-barang rampasan tersebut di bawah seliaan dan tindakan lanjut oleh pihak KDN.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …