MAJLIS IFTAR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA DBKL

YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bersama isteri YBhg. Datin Seri Shamsiah binti M.Yassin pada hari ini telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kakitangan kumpulan pelaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya, Cheras.

Beliau juga turut menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama dengan kakitangan yang hadir dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir bersama adalah YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengarah jabatan dalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

#KLBandarUntukSemua #KLbandarku #kl50 #dirgahayukualalumpur

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …