TAHNIAH BUAT ENAM (6) PELAJAR MALAYSIA KE HARVARD

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Imej Dan Status Negara)

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2022 : Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob menganggap kejayaan enam (6) pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar peringkat ijazah Sarjana Muda Universiti Harvard itu dan turut mendoakan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Ucapan tahniah tersebut telah dicatatkan  melalui akaun Facebooknya pada 6 April 2022.

Keenam-enam pelajar tersebut ialah Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong dari Sabah, Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak. Kesemua pelajar berkenaan dijangka akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026.

Salah seorang penemuduga Alumni Harvard College untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob menyatakan, bilangan pelajar Malaysia yang diterima menuntut di institusi pengajian itu kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara.

Mereka yang berjaya dipilih daripada 61,220 orang pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang terendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …