PENGAWALAN HARGA RUNCIT RON95, DIESEL & RON97

PENGAWALAN HARGA RUNCIT RON95, DIESEL & RON97

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Ancaman Ketirisan Hasil Negara)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi akaun facebook rasmi telah memaklumkan bahawa RON95 bukan untuk kenderaan bernombor plat asing. Justeru, semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura/ Thailand dinasihatkan agar mematuhi undang-undang berkaitan Akta Kawalan Bekalan, (AKB) 1961 melibatkan kenderaan pendaftaran asing dilarang membeli Petrol RON95.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan, (AKB) 1961.

Untuk makluman anda, harga runcit RON95, Diesel & RON97 dikawal di bawah Dasar Penetapan Harga Siling. Harga ini juga ditentukan oleh formula Mekanisme Harga Automatik (APM) berdasarkan harga minyak di pasaran.

 

Sumber:

Laman Facebook Rasmi KPDNHEP

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …