PUTRAJAYA, 5 APRIL 2022 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan ‘walkabout’ pemantauan harga dan bekalan juadah buka puasa sempena OPS PANTAU 2022 di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian.
Penguat Kuasa KPDNHEP telah mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan sejak sempadan dibuka dan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 menerusi OPS PANTAU 2022. OPS PANTAU 2022 bertujuan bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah dan memastikan tiada elemen pencatutan dalam penentuan harga oleh peniaga.
SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYAΒ https://www.facebook.com/putrajaya