KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) LABUAN KE PERBADANAN LABUAN

WP LABUAN, 5 Apr – Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan (PL) menanggung kerja Ketua Pegawai Eksekutif PL telah menerima kunjungan hormat daripada SPRM Labuan yang diketuai oleh En. Mohd Yusizuddin bin Mohd Yusof. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai isu berkaitan sistem, tatacara, dan amalan PL.
Turut hadir sama iaitu En. Fadzilah bin Hj. Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) PL, Tuan Hj. Suhaimi bin Sainan, Pengarah Pejabat Penasihat Undang-Undang PL, Pn. Norina @ Morin Ignatius Beatty, Pengarah Jabatan Kewangan PL, En. Mohamad Azhar bin Sabar, Ketua Unit Integriti PL, dan Pn. Salmah binti Beddu, Penolong Pengarah (Perolehan) Jabatan Kewangan PL.
Sumber: Perbadanan Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …