GUNUNG ANGSI “DITAWAN” OLEH PDRM KUALA PILAH SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS YANG KE-215

 

Bertempat di Gunung Angsi, Jalan Seremban Lama – Bukit Putus telah berlangsung program “Angsi Challenge” Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Peringkat IPD Kuala Pilah anjuran Cawangan Latihan, pagi tadi.

   

 Turut hadir, SUPT Amran Bin Hj. Mohd Gani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama seramai 80 orang termasuk Ketua- Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Kuala Pilah yang telah berjaya sampai ke puncak gunung setinggi 825m.

Program bertujuan untuk menggalakkan semua pegawai kanan dan anggota serta pegawai awam mengamalkan gaya hidup sihat disamping memupuk semangat kesukanan dan juga menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih baik.

   

Sumber: FB Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Pilah

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut