PROTON WAJA BAWA 10 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN!

 

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang wanita di jalan pintasan Pasir Mas di sini, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong darat pada jam 3 pagi.

Pemeriksaan lanjut menjumpai lapan PATI Myanmar berada di dalam Proton Waja tersebut manakala dua lagi bersembunyi di bahagian bonet kereta. Tujuh daripada mereka tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen diri.

Kesemua PATI termasuk tekong darat warga tempatan serta kenderaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut