PGA RAMPAS KOSMETIK SELUDUP DARI THAILAND

 

TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai kosmetik dari Thailand yang dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini dalam serbuan di pangkalan haram Kuala Jambu di sini, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan jam 11.15 malam itu dilakukan menerusi rondaan rutin menggunakan motosikal.

“Semasa melakukan rondaan, anggota bertugas melihat kelibat seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak dari dalam perahu ke tebing sungai,

“Melihat kehadiran anggota PGA, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi menjumpai 586 kotak dan 100 peket barangan kosmetik seludup bernilai RM40,170.

Azhari berkata, rampasan itu akan diserahkan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

“PGA tidak menolak kemungkinan kosmetik tersebut disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

“Hal ini kerana terdapat tulisan siam pada kotak dan peket kosmetik berkenaan,” katanya

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut