KBC AGIHKAN 41 KAMPIT BAJA ORGANIK KEPADA PETANI

 

KOTA BHARU – Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd menyumbangkan 41 kampit baja organik kepada enam peserta Program Bantuan Baja Organik Negeri Kelantan Tahun 2022 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh, semalam.
Taklimat pada majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Operasi Kelantan Biotech, Mohd Afzanizan Arif, Penolong Eksekutif Operasi Kelantan Biotech, Rabizah Ibrahim dan Pegawai Pertanian Jajahan Kota Bharu, Mohd Nazmin Ismail.
Perasmian majlis taklimat program dan menyampaikan sumbangan baja tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus. Beliau berharap dengan bantuan ini akan dapat meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan para petani.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …