PROGRAM HIKING POLIS IPD BRICKFIELDS BERSAMA KOMUNITI

KUALA LUMPUR 2 APRIL 2022 – YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah menghadiri Program Hiking Polis IPD Brickfields bersama Komuniti bertempat di Taman Rimba Bukit Kerinchi (Bukit Gasing), Kuala Lumpur.

Turut hadir, YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur bersama YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kuala Lumpur, YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields, YDH Supt. Basri bin Sagoni, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Bahagian/Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam IPD Brickfields, Mr. Kuan Chee Heng, Pengerusi Pertubuhan Amal Uncle Kentang dan 10 orang wakil komuniti daerah Brickfields.

Program dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dikalangan warga PDRM khasnya warga IPD Brickfields. Dalam masa yang sama dapat merapatkan silaturrahim antara PDRM bersama komuniti daerah Brickfields disamping dapat bersuai kenal dengan pucuk pimpinan PDRM dan komuniti yang hadir. Program berlangsung dengan jayanya.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#ipdbfapril2022

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …