PENIAGA DISYAKI MILIKI ROKOK SELUDUP, GANJA

 

TANAH MERAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang peniaga kedai runcit serta merampas rokok seludup dan ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Kampung Air Asahan, Batu Gajah, di sini, pada Sabtu.

Hasil pemeriksaan di dalam premis menemui sejumlah rokok seludup. Pemeriksaan kedua di sebuah rumah di kampung sama menemui sejumlah lagi rokok bersama ketulan mampat seberat 239.36 gram dipercayai dadah jenis ganja yang disembunyikan di bahagian bawah rumah berkenaan. Turut dirampas sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600 dan wang tunai bernilai RM5,939 menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM 32,373.40.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000 dan Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut