PELANCARAN BULAN KESEDARAN PENYU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2022

DUNGUN, 4 April 2022 – Pelancaran Bulan Kesedaran Penyu Peringkat Negeri Terengganu diadakan bertujuan memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga penyu iaitu haiwan reptilia unik yang semakin mengalami kepupusan. Selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dalam Nilai Teras ke-7, Pembangunan Mampan turut menyentuh mengenai penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar termasuk flora dan fauna. Melalui program ini, rakyat akan mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan alam sekitar dan menjaga spesis penyu yang merupakan ikonik Negeri Terengganu.

Majlis anjuran Jabatan Perikanan Negeri Terengganu ini telah berlangsung pada 3 April 2022 dan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hilmi Harun berlangsung di Pekarangan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun.
“Rantau Abang merupakan destinasi pendaratan penyu yang popular sejak dahulu lagi dan inisiatif menganjurkan program sebegini amat baik dan perlu diteruskan lagi di masa akan datang,” ujar Hilmi selepas program berakhir.

Kerajaan pusat telah memperuntukkan RM170,000 untuk pengurusan penyu dan pembaikan tempat penetasan penyu di negeri ini pada tahun ini. Menerusi Bulan Kesedaran Penyu yang berlangsung ini, pihak negeri berharap ia memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga haiwan reptilia yang menjadi ikon pelancongan Terengganu itu.

Ia juga diadakan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai Enakmen Penyu 1951 (pindaan 2021) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada November tahun lalu yang antaranya melarang penjualan telur penyu untuk semua spesies mulai 1 Jun ini.

Selain itu, acara gotong-royong membersih pantai turut diadakan melibatkan jabatan serta agensi di daerah, komuniti kampung Rantau Abang dan pelajar-pelajar institusi awam dan yang lebih menarik adalah acara melepaskan tiga ekor penyu juvenil (Penyu Agar dan Penyu Karah) yang diselamatkan ketika musim tengkujuh baru-baru ini.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut