MARITIM LABUAN SELAMATKAN DUA PEMANCING TERKANDAS

WP ??????, ? ????? – Zon Maritim Labuan telah menyelamatkan dua pemancing tempatan yang terkandas akibat kerosakan enjin bot hari ini.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima aduan daripada rakan mangsa, menyatakan mangsa tidak pulang setelah keluar memancing di perairan Semarang pada hari Sabtu.
Mangsa, Muhammad Nuhidayat Jafari, 18, dan abangnya Muhammad Nabil Jafari, 22, ke laut menaiki bot gentian kaca dengan enjin 40 kuasa kuda untuk memancing di perairan Semarang.
Pada waktu petang, enjin bot telah mengalami kerosakan dan terpaksa bersauh untuk membaiki enjin tersebut namun kerosakan gagal dibaiki.
Mereka seterusnya meminta bantuan bot nelayan yang sedang menangkap ikan di kawasan sekitar.
Pada jam lebih kurang 8.40 pagi, mangsa telah menghubungi ibu mereka bagi memaklumkan status dan berada dalam keadaan selamat, serta sedang dibantu oleh sebuah bot nelayan tempatan.
Bot ronda Zon Maritim Labuan telah diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mangsa dan seterusnya menunda bot mangsa ke Labuan untuk diserahkan kepada ambulans bagi pemeriksaan kesihatan serta tindakan selanjutnya.
Sumber: APMM LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …