BATAL ATAU TIDAK PUASA?

1. MENGGUNAKAN INHALER DAN NEBULIZER
Syeikh ‘Athiyyah Saqar, Mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif, dalam himpunan fatwa beliau “Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wal Ahkam”, beliau menyatakan bahawa:-
فقد قال العلماء: نقط الأنف والبخار الذي يشم من إصبع الربو يبطل بهما الصيام، وإذا كان المريض لا يستغني عنهما في الصيام؛ جاز له الفطر وعليه القضاء بعد الشفاء من المرض، وإن كان المرض مزمنا لا يرجى شفاؤه كان له الفطر، وعليه الإطعام عن كل يوم مسكينا
Para ulama telah berpendapat ubat titik hidung dan wap (iaitu wap ubat / nebulizer ) yang disedut oleh penghidap asma membatalkan puasa. Apabila si pesakit terpaksa menggunakannya tatkala berpuasa, maka haruslah dia berbuka dan hendaklah dia mengqadha` puasanya setelah dia sembuh dari penyakit. Jika sekiranya sakitnya berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, pesakit tersebut tidak perlu berpuasa, dia hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yang dia tidak berpuasa)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyatakan diantara perkara yang membatalkan puasa ialah :
– Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.

2. SUNTIKAN UBAT DAN SUNTIKAN NUTRISI
Dr. Ali Jum’ah dan Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah
Fatwa no. 3588 yang dikeluarkan Dar Al-Ifta Al-Misriyyah telah menjelaskan hukum melakukan suntikan insulin pada siang hari bulan Ramadhan. Dr. Ali Jum’ah, selaku Mantan Mufti Mesir, menjelaskan bahawa suntikan pada saat berpuasa tidak membatalkan puasa. Sama saja apakah kandungan suntikan itu berupa ubat atau nutrisi. Kerana cairan tersebut tidak sampai ke badan dengan cara normal. Dengan demikian, maka menyuntikkan cairan insulin ke dalam tubuh tidak membatalkan puasa.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyatakan antara perkara yang tidak membatalkan puasa ialah :
– Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.

3. MENDERMA DARAH DAN MELAKUKAN UJIAN DARAH
Hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan;
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ
“Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Sahih al-Bukhari; 1938).
Ini adalah dalil bahawa orang yang berpuasa boleh mengeluarkan darah mereka sama ada mendermakannya atau melakukan ujian untuk darah mereka.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga menyatakan perkara yang tidak membatalkan puasa ialah :
– Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.

Sumber rujukan :
– Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wal Ahkam
– Darul Ifta` al-Misriyyah
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit, 2013

Petikan : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) KPDN Pulau …
Maklumat Lanjut