MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SAMBUTAN KERAIAN MKN MELAKA

AYER KEROH – Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan MKN Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin sempena menyambut Bulan Ramadan 1443H/2022M di bangunan Menara Persekutuan, Ayer Keroh. Dalam majlis tersebut turut diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Januari – April, Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-88 dan Sambutan Hari Polis ke-215. Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada semua warga kerja MKN Negeri Melaka oleh Pengerusi KSRK Negeri Melaka, Encik Mohd Redzuan Syah bin Mansor.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Puan Norbaayah binti Mohd Saad dan Tuan Mohd Nasrul bin Menhat.

Selamat Hari Angkatan Tentera buat Mejar Mokhzaini bin Mokhtar Rudin.

Selamat Hari Polis buat ASP Nurrulhuda binti Ramli.

Pisang emas dibawa belayar,

masak sebiji diatas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …