TAHNIAH PDRM PULAU PINANG MENUMPASKAN SINDIKET DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

??????????, 01 April 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

 

???????? ??????????? ???????? ?????????? ????? ????? ?????? ???????? ???????? ?? ???,???.?? ???? ???????? ???????? ??????? ???????? ?????? ????? ????, ????? ??????

Pada 28 Mac 2022, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Daerah Barat Daya, Balai Polis Teluk Kumbar Dan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang telah berjaya menangkap (1) lelaki tempatan dan (1) lelaki warganegara asing berumur 35 hingga 44 tahun yang terlibat dengan aktiviti mengedar dadah jenis syabu.

Hasil Serbuan pihak polis telah berjaya merampas (20) bungkusan dadah syabu anggaran berat 21,020.00 gram bernilai RM756,720.00 dan menyita (1) buah kenderaan dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM10,000.00.

Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM766,720.00. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 105,100 orang penagih dadah.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

 

??? ?????

“???????? ??????????? ???????? ?????????? ????? ????? ?????? ???????? ???.?? ???????? ???????? ?????,???.?? ???? ??????? ???????? ??????? ???????? ????? ????”

Pada 30 Mac 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah melancarkan operasi terancang di kawasan Pulau Pinang dan Kedah. Dalam operasi ini pihak polis telah melancarkan (9) serbuan serta berjaya menangkap (7) lelaki dan (2) perempuan tempatan berumur 25 hingga 55 tahun yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja.

Hasil serbuan yang dilakukan pihak polis telah berjaya merampas :-

(153) ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 153.7 kilogram bernilai RM384,250.00.

(10) ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 9.5 kilogram bernilai RM23,750.00.

(2) ketulan mampat disyaki dadah ganja anggaran berat 450 gram bernilai RM1,125.00.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 327,400 orang penagih dadah.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menyita ( buah kenderaan, (4) barang kemas, (3) utas jam tangan dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM234,550.00. (Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM643,675.00).

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

 

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut