JENAYAH DADAH: TANGKAPAN OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 1 APRIL 2022 – Balai Polis Balik Pulau dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya (BSJND) telah menahan lima (5) orang lelaki berusia antara di antara 20-an hingga 30-an dalam dua serbuan berasingan.

Dalam ‘Op Tapis’ ini, tiga (3) lelaki telah ditangkap oleh Balai Polis Balik Pulau dan BSJND di Sungai Rusa, Balik Pulau. Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut menemui lebih kurang 5.05 gram disyaki syabu dan peralatan menghisap dadah.

Dua tangkapan lagi dilakukan oleh anggota RCJ Balai Polis Balik Pulau di Sungai Nipah dan pihak polis telah menemui lebih kurang 4.37 gram disyaki syabu.

Kes disiasat di bawah Sek 39A (1) ADB 1952, Sek 12(3) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …