ASEAN WORKING GROUP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION (AWGEE) KE-14 BERLANGSUNG SECARA ATAS TALIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)

Mesyuarat ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) Ke-14 telah berlangsung pada 31 Mac 2022 (Khamis). Mesyuarat AGWEE ke-14 ini telah berlangsung secara atas talian.

Mesyuarat AWGEE ini merupakan satu kumpulan kerja di bawah naungan ASOEN (ASEAN Senior Officials On The Environment). Pengerusi bagi kumpulan kerja ini adalah Brunei Darussalam. AWGEE bertindak sebagai satu platform untuk menyelaras kerjasama dan aktiviti di antara negara- negara ASEAN untuk pembangunan lestari melalui pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education) serta penglibatan awam di rantau ASEAN.

 

Di peringkat negara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi yang dilantik oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai National Focal Point dan National Contact Person bagi AWGEE Malaysia. Delegasi Malaysia ke AWGEE kali ke-14 yang diketuai oleh YBrs Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Alam Sekitar selaku Alternate National Focal Point Malaysia utk kumpulan ini. Delegasi Malaysia yang turut hadir ke mesyuarat ini ialah Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Puan Zuraini binti Siam dan Puan Easter Ayu .

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …