PUSAT MEMBELI BELAH TERKEMUKA DI IBU KOTA TERLIBAT DALAM SATU KEBAKARAN

KUALA LUMPUR, Semalam sebuah pusat beli belah terkenal Pavilion, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah diselubungi asap tebal. Keadaan tersebut mencetuskan situasi panik kepada pengunjung pusat beli belah berkenaan. Satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan Pavilion, asap tebal tersebut berpunca daripada kebakaran kecil di sebuah restoran yang terletak di tingkat 1. “Satu insiden kebakaran kecil berlaku kira-kira pukul 2.10 petang pada 30 Mac 2022 di dapur sebuah restoran di tingkat satu. “Kebakaran segera dipadamkan dan insiden itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” tulis kenyataan berkenaan. Laporan tersebut menyatakan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan operasi perniagaan tetap  berjalan seperti biasa.

Dimaklumkan sendiri pemilik restoran, kebakaran mula berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, api berjaya dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ telah pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik JBPM Kuala Lumpur.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …