PROGRAM BERSAMA SECURITY SERVICES DEPARTMENT KUALA LUMPUR (SSD KL) / POLIS BANTUAN TENAGA NASIONAL BERHAD KONTINJEN KUALA LUMPUR (PB TNB KL)

PUTRAJAYA, telah berlangsung pada 29 Mac 2022 program bersama Security Services Department Kuala Lumpur dan Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad Kontinjen Kuala Lumpur telah diadakan di Dorsett Hotel Presint 3, Putrajaya.

DSP Ana Bin Mohamed – Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Putrajaya, telah menyampaikan ceramah bertajuk Had Kuasa dan Peranan Anggota Polis Bantuan.

Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota Polis Bantuan berkenaan Had Kuasa mereka semasa bertugas serta menerangkan arahan-arahan pentadbiran yang terkini.

DSP Ana Bin Mohamed turut menerangkan tatacara pemakaian uniform Polis dengan betul serta mengingatkan tentang Disiplin dan Integriti yang perlu dipatuhi sebagai seorang anggota Polis Bantuan.

Turut hadir, ASP Lenny binti Kandawar – (KCURB/KK) dan L/KPL Wanuar Bin Jamrin – BPJKK IPD Putrajaya.

Sumber : FB IPD PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …